Wednesday, October 6, 2010

Kacang untuk penghadaman


Belenggu aspek-aspek luaran seperti potongan bentuk badan, citarasa berfesyen dan pelbagai tuntutan cantik seringkali melangkaui nikmat kebahagiaan yang sebenar iaitu kesihatan. Buktinya, kini semakin ramai wanita didapati mengamalkan tabiat pemakanan tidak sihat sehingga acapkali diserang loya, pedih ulu hati, sembelit, gastrik dan kembung perut akibat masalah sistem penghadaman. Rasa tidak selesa akibat kurang pengambilan fiber ini bukan hanya menjejaskan prestasi, malah tidak mustahil mengundang penyakit berbahaya lain di hari muka.

Makanan-makanan berasaskan bijirin, bijian gandum, kekacang dan sayuran berkanji merupakan kumpulan penting yang membekalkan tenaga. Antara hidangan lazat yang mudah dinikmati ialah kacang merah, kacang dal, kacang hijau, roti gandum tulen, beras perang dan oat yang berkhasiat. Malah anda juga mampu mendapatkan bekalan fiber daripada buah-buahan, berbanding jus perahan yang dibuang intisarinya.

TUGAS FIBER DALAM DIET ANDA
Kanji merupakan makanan dari tumbuhan yang diperbuat daripada biji-bijian. Contoh paling mudah ialah nasi, roti, pasta, mi, sayuran berkanji seperti kentang, jagung dan kekacang. Jenis kanji berkarbohidrat ini terbentuk melalui rantaian lebih dari tiga unit gula, dipanggil oligo- atau ‘polysaccharides’ yang memecah dengan sejenis enzim di dalam mulut, sekaligus meningkatkan paras gula darah.

Sifat fiber biasanya berubah menerusi bagaimana cara ia dimasak atau diproses. Contohnya sebiji kentang segar lebih berfiber berbanding kentang lenyek dan sebiji epal segar lebih berfiber berbanding jus epal. Disamping kelebihan fiber di dalam kanji, saintis nutrisi berhasil menemui nutrien lain seperti ‘photochemical’, ‘tocotrientol’ (sejenis Vitamin E), selenium dan fiber larut yang membantu merendahkan kolestrol, gula darah serta beberapa penyakit lain. Jumlah pengambilan fiber yang disyorkan ialah:

USIA
LELAKI
WANITA
50 tahun ke bawah
38 gram
25 gram
50 tahun ke atas
30 gram
21 gram


JENIS-JENIS FIBER

FIBER TIDAK LARUT
Contohnya selulosa, hemiselulosa dan lignin yang ditemui dalam gandum, barli dan sayuran. Ia membantu melancarkan penghadaman atau sembelit yang menyukarkan anda untuk membuang air besar (juga dikenali sebagai laksatif semulajadi). Fiber tidak larut ini turut menyerap air dan hanya bergerak menerusi saluran penghadaman. Semasa bergerak, ia ‘menyapu’ segala zat atau bahan makanan yang tertinggal.

FIBER LARUT
Contohnya pectin, beta-glucan, ‘gums’ dan ‘mucilages’ yang ditemui dalam epal, buah bersitrus, oat, barli, kacang panggang, legumes, lobak dan prun. Kadangkalanya, fiber ini turut dipanggil fiber pekat kerana ia larut sebagai gel, lalu melekap pada kolesterol degil dan menyingkirkannya daripada tubuh badan. Pengambilan makanan berfiber tinggi dari jenis ini juga mampu meningkatkan paras glukosa dalam darah serta membuatkan anda kenyang lebih lama.

KHASIAT KACANG PANGGANG
Bagi meningkatkan pengambilan fiber dalam pelan pemakanan harian, adalah disyorkan supaya anda memilih menu roti bijirin penuh, buah-buahan segar/kering, buah-buahan dengan kulitnya, kentang, sayuran, oat, bran, pasta gandum dan beras perang, sebanyak lima hidangan setiap hari. Anda juga digalakkan untuk membubuh kekacang seperti kacang panggang ke dalam masakan dan lauk-pauk anda bagi meningkatkan rasa disamping menikmati khasiat fiber yang tinggi.

Kacang panggang bukan sahaja bebas kolesterol, malah turut mengandungi protein, fiber, magnesium, potassium, Vitamin B, kanji dan fotokimia. Setengah cawan kacang panggang mengandungi nutrien:

FOLAT untuk mengurangkan risiko kecacatan janin dan memperlahankan tanda-tanda penuaan,
MANGANESE untuk formasi tulang dan metabolisma protein, lemak serta karbohidrat,
MAGNESIUM untuk menguatkan tulang, mengawal gula darah, mempromosi paras normal darah dan rentak degupan jantung,
ZAT BESI untuk mengangkut oksigen dalam darah yang penting untuk kanak-kanak dan remaja,
SELENIUM untuk mengawal fungsi tiroid, mensintesis DNA, mencegah oksidasi sel dan meningkatkan imunitinya dan melegakan kerengsaan,
FIBER untuk melarutkan kolesterol, mengawal gula darah dan mengimbangi kadar bakteria dalam saluran usus,
PROTEIN untuk tumbesaran dan kawalan terhadap fungsi tubuh,
POTASSIUM untuk mengawal tekanan darah,
KARBOHIDRAT untuk tenaga dan kacang mengandungi kanji yang bagus untuk pengurusan berat badan,
KALSIUM untuk membina tulang bagi kanak-kanak dan remaja serta mencegah kerapuhan tulang.

Justeru, pengambilan kacang panggang yang kini begitu mudah didapati di pasaran, murah dan senang disediakan sangat disyorkan kepada golongan peminat sukan, wanita yang menjaga berat badan, kanak-kanak dan remaja. Rasanya yang semulajadi lazat boleh diubahsuai dengan pelbagai gaya masakan samada tradisional atau moden, dan sesuai dijadikan hidangan bernutrisi samada untuk snek ringan atau makanan diet.

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete